Wednesday, September 5, 2018

CARA MEMINDAHKAN NCD (No claim Discount) KEPADA KERETA BARU

Ramai orang yang tidak mengambil tahu tentang pemindahan NCD khususnya ketika membeli kereta baru. Artikel ini
akan menerangkan cara untuk memindahkan No Claim Discount (NCD) daripada kereta lama kepada kereta baru. Biasanya pemilik kenderaan memindahkan NCD disebabkan oleh membeli kereta baru ataupun telah membuat tuntutan (dimana nilai kenderaan yang telah dibuat tuntutan itu lebih tinggi dari nilai kenderaan yang mempunyai NCD).

Contoh:-
Anda mempunyai 2 buah kereta, kereta lama (Wira) dan sudah mempunyai NCD penuh sebanyak 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Estima). Sekiranya NCD 55% di pindahkan ke kereta estima tersebut anda dapat menjimatkan wang dalam membayar insurans kereta anda.

Kebanyakkan pemilik kenderaan banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini. Apa yang ingin saya terangkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana, dalam kes seperti ini anda boleh mendapatkan penjimatan dalam membuat insurans kereta baru. Ada sesetengahnya boleh jimat sehingga ribuan ringgit, namun ianya bergantung kepada nilai premium insurans kereta anda.

Perlu diingatkan disini, sebelum anda ingin membuatkan pemindahan pastikan semua kenderaaan itu adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan no Kad Pengenalan anda. Pemindahanan NCD tidak boleh dibuat kepada kenderaan bukan milik anda walaupun didaftarkan atas nama syarikat anda sendiri.
Sekiranya tiada tuntutan kadar NCD anda akan naik sehingga nilai maksimum.

NCD bagi kereta persendirian & syarikat.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 25 %
Tempoh 3 tahun = NCB 30 %
Tempoh 4 tahun = NCB 38. 3 %
Tempoh 5 tahun = NCB 45 %
Tempoh > 6 tahun = NCB 55 %
Nilai NCD motorsikal,teksi, lori A & C Permit & ‘Special Veicle’.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 15 %
Tempoh 3 tahun = NCB 20 %
Tempoh > 4 tahun = NCB 25. %

Check nilai NCD anda di Sini.

Langkah yang perlu anda buat!

Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank.
Pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans ataupun ejen insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Wira dilindungi oleh Allianz, urusan perlu dibuat dengan Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD dan menandatangani borang tersebut. Biasanya anda perlu membayar gantian nilai NCD yang telah diambil berdasarkan berapa lama tempoh perlindungan insurans/takaful itu masih sah. Anda akan diberikan satu salinan surat setelah urusan selesai.

Sekiranya tempoh insurans kereta telah tamat tempoh. Anda tidak perlu lagi membuat urusan seperti di atas. Anda terus memperbaharui insurans kereta lama dengan NCD 0%. Simpan Salinan insurans/takaful yang sebelunya yang terdapat NCD 55%. Ini kerana semasa ingin memindahkan ke estima, no covernote insurans tersebut diperlukan.

Semasa memperbaharui insurans/takaful estima perlu memberikan documen yang diberikan oleh syarikat insurans semasa anda membuat urusan pemindahan NCD. Sekiranya telah insurans/takaful kereta lama telah tamat anda perlu memberikan covernote insurans kereta yang lama sahaja.
Saya harapkan artikal saya ini dapat membantu anda dalam membuat urusan memindahkan NCD. Sekiranya anda masih lagi tidak memahami proses di atas ataupun terdapat masalah dalam urusan pemindahan NCD dan ingin bantuan nasihat, saya berbesar hati sekirnya anda boleh menghubungi

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008