Tuesday, March 23, 2010

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

M Faqih

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.

Friday, March 19, 2010

Takaful Ikhlas sasar premium RM625 juta

KOTA BHARU 19 Mac - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. menyasarkan pertumbuhan premium untuk mencecah RM625 juta bagi tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, angka itu berdasarkan pertumbuhan positif yang dicatatkan.

Katanya, syarikat itu yang kini mempunyai 1.4 juta pelanggan, mencatatkan pertumbuhan premium RM580 juta pada tahun lepas.

"Pertumbuhan yang dicapai itu dilihat mampu mengatasi pertumbuhan syarikat insurans besar yang lain, yang telah sekian lama beroperasi di negara ini," katanya kepada pemberita semasa Lawatan Siri Kembara CEO Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. di Semenanjung di sini hari ini.

"Dalam tempoh enam tahun penubuhan Takaful Ikhlas ini, pertumbuhan yang dicapai dilihat begitu pantas di luar jangkaan kami," katanya, sambil menyatakan kejayaan itu jelas membuktikan Takaful Ikhlas mempunyai strategi terutama sistem dalaman tersendiri yang kukuh untuk bersaing dan mengatasi syarikat lain.

Mengenai lawatan siri kembara itu, Syed Moheeb berkata ia merupakan program penjelajahan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas untuk melawat pejabat-pejabat Ketua Agensi Takaful Ikhlas di Semenanjung.

Beliau berkata, objektif kembara terbabit bagi bertemu muka dengan ketua agensi yang mengendali setiap pejabat bagi mengenal pasti permasalahan yang timbul secara lebih terperinci.

"Tujuan utama program kembara ini sebagai pertemuan merapatkan silaturrahim antara kakitangan kanan dari ibu pejabat dengan ketua agensi. Apabila adanya pertemuan dan jalinan rapat seumpama ini, barulah dapat memahami sekiranya ada segala permasalahan yang timbul," katanya.

Selain itu, Syed Moheeb berkata, pihaknya merancang untuk membuka dua cawangan Takaful Ikhlas, yang masing-masing satu di Terengganu dan Klang, Selangor pada pertengahan tahun ini, bagi menjadikan 12 cawangan Takaful Ikhlas di seluruh negara.

Menurutnya, bilangan cawangannya itu meski pun dilihat sedikit untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai, pihaknya tidak mempunyai masalah kerana menggunakan sistem internet untuk menjalankan urus niaga dengan pelanggan.

Thursday, March 18, 2010

Saiz Keluarga Rasulullah dan Para Sahabat

Keluarga yang besar dan dipimpin oleh mereka yang hebat bakal mecorakkan masa depan Islam yang gemilang. namun demikian, masih ramai dari kalangan umat Islam sendiri yang memandang rendah kepada mereka yang anak ramai, isteri lebih daripada satu hatta keluarga yang kerap bersalin. Tidak cukup dengan itu, ada juga dikalangan kita yang menerima separuh redha isterinya mengandung dengan alasan belum bersedia dan sebagainya. Kita renungi bagaimana saiz keluarga Rasulullah dan para sahabat. Mereka tidak takut dicemuh, malah memikul amanah allah dengan sebaiknya dalam mengejar ganjaran di sisi Allah SWT.

1. Rasulullah SAW
Isteri : 11 orang
Anak : 7 orang (3 lelaki dan 4 perempuan)

2. Sayidina Abu Bakar
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 22 orang (11 lelaki dan 11 perempuan)

3. Sayidina Umar Al-Khatab
Isteri : 4 orang
Anak : 27 orang ( 10 orang lelaki dan 17 orang perempuan)

4. Sayidina Usman Al-Affan
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 5 orang anak ( 2 lelaki dan 3 perempuan)

5. Sayidina AliKarimmallahu Wajha
Isteri :4 orang isteri
Anak : 17 orang (9 lelaki dan 8 orang perempuan
* ketika bersama sayidatina Fatimah, saidina Ali mendapat 2 orang anak lelaki iaitu Hasan dan Husin)

6. Sayidina Abdul Rahman Auf
Isteri : 4 orang
Anak : 33 orang (15 orang lelaki dan 18 0rang perempuan)

7. Sayidina Khalid Al-Walid
Isteri : 3 orang
Anak : 9 orang anak (5 orang lelaki dan 4 orang perempuan)

8. Sayidina Abu Ubaidah Al-Jarrah
Isteri : 4 orang isteri
Anak : 15 orang anak (9 orang lelaki dan 6 orang perempuan)

9. Saidina Saad bin Abi Waqqas
Isteri :4 orang
Anak : 25 orang (17 orang lelaki dan 8 orang perempuan)

10. Sayidina Said
Isteri : 3 orang
Anak : 20 orang anak (10 orang lelaki dan 10 orang perempuan)

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008