Friday, January 29, 2010

Bersangka Baik Sesama Kita

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Saturday, January 23, 2010

Bukan Islam Cadang Poligami

Bukan Islam juga melihat kaedah Islam sebagai penyelesaian masalah rumahtangga dan negara. Poligami dicadangkan untuk menambahkan penduduk Rusia. Sepatutnya umat Islam lebih kedepan dalam usaha meramaikan jumlah umat Islam yang bakal memakmurkan bumi dengan tanggungjawab " mendirikan agama dan mentadbir dunia".

MOSCOW: Ahli politik ultra nasionalis, Vladimir Zhirinovsky mencadangkan pelaksanaan poligami bagi menambah penduduk Russia selepas kejatuhan Soviet Union.

Bercakap di Parlimen, Zhirinovsky, pemimpin Parti Liberal Demokratik, mencadangkan kerajaan memberi 100,000 rubel (RM11,423.42) bagi setiap kelahiran pertama.

“Dengan bayaran seperti itu, saya jamin separuh daripada wanita yang merancang pengguguran akan ubah fikiran,” katanya.

Ketika ini, Russia membayar 7,000 euro (RM33,619.13) untuk setiap kelahiran kedua. Zhirinovsky juga berkata lelaki perlu diberi kebenaran untuk berkahwin kali kedua. - Agensi

Sumber :Berita Harian

Thursday, January 21, 2010

Ayuh... Bersiap Merencana Kemenangan

KOTA KINABALU :Kemenangan Rakyat dalam menghadapi kebobrakan politik semakin hampir. Ini dapat dilihat melalui keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil dan sambutan rakyat terhadap program-program anjuran Pakatan rakyat. Justeru itu, wasilah kemenangan mesti diperkasakan sebagai persediaan memikul tanggungjawab ummah. Wasilah ini pastinya dengan menjadikan pemuda dakwah sebagai Ansorullah. Demikian tegas Ust Nasaruddin Hassan Tantowi ketika merasmikan Konvensyen Pemuda PAS Sabah di Kota Kinabalu.

Bersama sebahagian peserta

PAS sebagai harakatul Tarbiyyah, harakatul dakwah dan juga harakatul siasah memerlukan pemuda atau pendokong yang sahih aqidahnya, fikrah yang lengkap dan sahsiah yang soleh. Pakej ini penting dalam memastikan pemuda pendokong jemaah terdiri daripada mereka yang sedia turun ke medan jihad dengan bersedia mengorbankan segala kepentingan dunia seterusnya mampu memikul amanah pemerintahan dengan lunas-lunas Islam yang adil dan saksama.

Kita tidak mahu, pentadbiran Pakatan Rakyat suatu ketika nanti dipenuhi oleh mereka yang berkepentingan, yang dikitar dan dijenamakan semula daripada parti politik yang sudah busuk. Kita mahukan pemimpin yang baru, pemimpin yang segar dan tumbuh melalui tarbiyyah supaya hak rakyat dapat dipulangkan dan ditadbir urus dengan sebaik mungkin.

Beliau mengariskan mengariskan dua nadi penting dalam pemerkasaan wasilah Tarbiyyah yang melibatkan aktiviti tradisi dan juga aktiviti penemuan baru. Aktiviti tradisi seperti usrah, liqa', muqayyam, rehlah, tamrin, khitabbah dan berbagai lagi program tarbiyyah mesti diberi keutamaan dalam membina ahli, kerana disinilah terletaknya kekuatan dalam membina Ansorullah.

Dalam konvesyen tersebut, Ust Nasaruddin turut mendapat beberapa maklum balas daripada pemuda PAS Sabah, melalui sesi soal jawab. Saudara Kamaruzzaman Mohamed, Setiausaha Dewan Pemuda PAS dan Hisyamuddin Sulaiman, Ketua penerangan PAS Sabah dan Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah turut hadir dalam majlis tersebut.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008