Friday, January 9, 2009

Entahlah

Sekadar coretan peribadi;

Alhamdulillah percutian di kampong halaman selama sebulan dapat menyegarkan kembali ingatan kepada zaman silam dan mengukuhkan azam untuk terus berkhidmat kepada masyarakat sesuai dengan amanah Allah dan tanggungjawab kerajaan kepada diriku.

Dalam tempoh hampir sebulan bercuti di kampong tidaklah banyak yang dapat diisi. Mungkin juga kerana hajat balik untuk dengan niat ingin bersama keluarga disamping mengurus kepentingan peribadi yang belum disiapkan.

Program pertama yang dapat diisi sepulangan di kampung ialah bersama exco PMKUM di Pondok Bukit Gading Tanah Merah. Panel Forum. Selain itu ke Pusat Latihan Belia Kelantan untuk pengisian kepada bakal pimpinan pelajar sekolah menengah sekitar Kota Bharu yang dibimbing oleh pelajar university tempatan . Hanya itu sumbangan dan rasa kebersamaan yang dapat diberikan aku dalam bidang pembinaan generasi yang dikelolakan oleh saudara Rafie Yusof, (timbalan pengerusi Jabatan Pembangunan Remaja Kelantan) Aku kagun dengan usaha dan pengorbanan saudara Rafie yang tidak jemu mengendalikan program pembangunan generasi yang sudah masuk kepada siri keberapa belas.Aku tidak pasti. Pastinya program it terus berjalan dan ada penerusannya. Aku tahu usaha itu dengan pengorbanan, dengan susah payah, dengan kesungguhan. Malah terlalu sedikit mereka yang dapat mengembelingkan usaha ini. Tahniah saudara Rafie. Teruskan usaha anda demi masa depan generasi Islam.

Cuti ini juga aku kehilangan makcik yang kusayangi Kak Jah( Tuan Lijah Tuan Loseng) kembali ke rahmatullah pada 25 Disember 2008 setelah pengsan dan dibawa ke hospital Jeli. Beliau menghembus nafas terakhir disisi anak lelakinya Raja Amran. Kak Jah kena stroke beberapa tahun. Banyak kenangan dan budi Kak Jah bersama aku dan adik-adik. Kami menganggap beliau dan anak-anaknya seperti keluarga sendiri. 2 tahun dia sakit. Cakapnya tidak jelas. 2007 aku ziarah dia, Nampak aje aku, dia terus menangis tersesak-esak. Aku juga jenis tidak tahan, turut menangis. Tahun 2008 agak berlainan. Dia tenang menerima kedatangan aku dan isteri serta ibuku. Tetapi aku yang menangis dulu bila Kak Jah tidak dapat bercakap dengan baik ketika mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dan isteriku. Dia turut menangis apabila melihat aku menangis . Aku sedih kerana aku tidak mampu memahami percakapannya, sedang dia bersusah payah untuk memahamkan aku. Aku teringat susah payahnya membesarkan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Dia menoreh, dia buat kuih, jual di Pasar malam, di kantin sekolah dan bermacam kerja dia buat untuk memperolehi rezeki. Selain itu, dia tidak kedekut untuk berikan rezekinya kepada aku dan adik-adik. Itu buat aku sebak melihat dia sakit dan kepayahan begitu.

Semoga rohnya diletakkan dikalangan orang-orang solehah dan segala amal perbuatannya dikira sebagai ibadah. Takziah untuk Raja Amran dan keluarga

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008