Batu Cave : Sambutan yang semakin menggalakkan daripada masyarakat kepada pendidikan Islam turut membantu memacu perkembangan PASTI ke arah membina generasi berteraskan Al-Quran dengan sasaran pelajar 100,000 orang menjelang tahun 2011. Demikian tegas Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, En Abdul Kader Dewa semasa merasmikan Majlis Penutupan Kursus dan Taklimat Pengurusan Terkini Jabatan PASTI Malaysia di Bilik Seminar PASTI Malaysia. Hampir semua wakil negeri hadir termasuk dari Sabah.
Abdul Kader dan para peserta Kursus sedang berdialog
Setakat ini 64,000 pelajar sedang menuntut di PASTI seluruh Malaysia dan sasaran 100,00 menjelang 2011 akan tercapai. Dalam usaha memastikan sasaran 100,00 pelajar tercapai, pihak PASTI Malaysia telah merangka dan melaksanakan beberapa perancangan dan program yang boleh menambah bilangan pelajar ke PASTI. Antara program yang sedang berjalan dan akan menarik minat ibubapa untuk menghantar anak –anak ke PASTI ialah program Pra Tahfiz PASTI sepertimana yang telah diaplikasikan di PASTI Permata, Gombak. Setakat ini sudah ada pelajar yang Berjaya menghafaz surah-surah pendek seperti surah Al-Waqiah, Yaasin, Sajadah dan sebagainya.
Selain itu, Kelas Kaffah yang akan diadakan pada hujung minggu bagi kesinambungan pelajar lepas PASTI dijangkan akan membantu mencapai sasaran 100,00 pelajar. Kelas Kaffah yang telah dilaksanakan di Sembilan buah PASTI sebagai percubaan telah melibatkan lapan mata pelajaran. Empat matapelajaran akedemik dan empat mata pelajaran agama. Ianya dijangka akan berkembangan pada awal tahun ini.
Program K4T untuk pelajar empat tahun merupakan dimensi baru dalam pendidikan Pra sekolah. K4T yang lengkap dengan buku teks dijangkan menjadi pilihan tunggal ibubapa untuk menghantar anak-anak ke PASTI kerana rendahnya persaingan dengan pusat-pusat pendidikan Pra sekolah lain. Menurut, Abdul Kadir juga, mulai tahun depan peperiksaan K4T tidak lagi melibatkan ujian bertulis dan hanya berfokus kepada ujian personality sesuai dengan tema K4T yang menekankan konsep “belajar sambil bermain dan bermain sambil belajar”.
“PASTI menerima pertambahan pelajar yang amat menggalakkan terutama dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Selain itu, ada beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang menyertai PAS telah menyatakan janji dan keazaman untuk membuka beberapa buah PASTI dalam kawasan mereka” . Maklum Abdul Kader kepada semua peserta.