Keghairahan Kerajaan BN untuk menarik balik subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dan akan dimansuhkan secara berperingkat mendapat sambutan baik daripada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan syarat BN juga dimansuhkan dan ditarik turun dari kerusi kekuasaan.
Beliau mengaitkan usaha untuk menarik subsidi ini ada kaitan dengan kegagalan kerajaan BN untuk membayar hutang negara yang semakin bertambah. Jumlah hutang yang banyak ini berhubungkait dengan kelemahan BN mengurus harta negara sehingga berlakunya ketirisan sehingga 28 bilion pada belanjawan 2008.
[Gambar]: Sdr Darman, Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, pengerusi majlis yang berjaya membakar semangat penonton
Hj Mahfuz berkata demikian ketika mengulas ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi berterusan.
Idris berkata demikian pada hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang antara lain mencadangkan supaya subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dimansuhkan secara berperingkat.
Untuk mengalih isu kelemahan mereka, BN cuba mengadudomba dan mengacau kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Selangor. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat masih dalam keadaan mencuci "taik" yang kering dan melekat pada kerajaan Kedah dan Selangor sejak merdeka dan kekuasaan rakus BN. Mereka cuba bandingkan dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat dengan 50 tahun kekuasaan BN dari segi pembangunan.
Mahfuz berkata demikian ketika ceramah beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Pusat Tarbiyyah PAS Tawau.Turut memberi ucapan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Muhammad Abdullah, Jimmy Wong,ADUN DAP Sri Tanjung,Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu dan Wakil penduduk Merotai yang tanah mereka di rampas kerajaan.
Kehadiran ceramah Pakatan Rakyat di Tawau semakin bertambah termasuk penglibatan kaum Cina, Iban dan penduduk tempatan. Mood rakyat cukup memberangsangkan untuk melonjak Pakatan rakyat di Sabah.
Media Alternatif
Tetamuku Sahabatku
Rakan Blogger
-
SIAPA YANG NAK AJAR SAYA ISLAM?9 hours ago
-
Cerita Salasilah2 months ago
-
-
-
Beagles In Michigan9 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan11 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN11 years ago
-
Catatan11 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL13 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN14 years ago
Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Bilik Sewa Melaka2 months ago
-
Rindu.....9 years ago
-
Perancangan9 years ago
-
-
-
Pelbagai Rujukan
Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak ru...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nasi ...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ka...
-
Hanya Islam yang syumul yang merangkumi doktrin politik Islam sahaja yang digeruni dan dihormati oleh musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh ...