Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru

Ucapan buat guru yang telah singgah dihandphoneku
1. Guru bagaikan NTV7 kerana ceria selalu. Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi inspirasi hidupku. Yang penting guru juga bagaikan TV9, dekat dihati dan yang paling penting "guru" juga bagaikan package Astro kerana macam-macam ada. "Selamat Hari Guru".

2. Dulu dia pegang rotan, awak kata dia garang.Bila dia lambat masuk ke kelas, awak kata diamalas. Bila dia marah-marah, awak kata dia melampau..... kini...awak adalah dia. "Selamat Hari Guru".

3.Kepalang menjadi guru, sebutir pasir dijadikanintan, seketul batu dijadikan berlian, sekelas murid dijadikan insan. Semoga Allah memberkati danmeredhai kita semua. "Selamat Hari Guru"

4.Jasanya tidak terhingga, baktinya tiada batas. Biar dipuja dan dicerca, teguh pendirian bukan kerana ganjaranb. Itulah kita yang setia berjuang. "Selamat Hari Guru"

5. Guru beriman ibarat mentari yang berkilau,guru sejati pewangi yang mengharumkan, guru yang setia menjadi pendorong setiap impian, guru berhati mulia membawa 1000 keberkatan.

6. Guru.... Dalam ajarnya adaharapan. Dalam marahnya ada sayang. dalam tawanya ada mesra. Diamnya penuh bijaksana. Tegurnya penuh dengan doa. Bersyukurlah kerana anda seorang guru.

7. Dedakasi untuk seorang guru yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindui, ilmunya diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru...
"Selamat Hari Guru"

8. Adakalanya.... kita dicaci, kita dimusuhi, kita dimarahi,kita tidak dihargai... tapi kitakan tetap tersenyum walaupun dalam pilu, kita kan tetap melangkah biarpunhampir rebah, kita kan tetap tekun, ikhlas dansabar meskipun terkadang hati tercalar dan tercabar. "Selamat Hari Guru"

9. I can appreciate coffe without susu, nights without lampu, curry without lembu, burger without keju, but not school without cikgu. " Happy Teacher Day".

10. Salam,
Happy Teacher Day. Semoga semua guru dirahmati Allah SWT dan diberikankemudahan dalam semua urusan. Amir Petronas.
'
11. Selamat Hari Guru...cikgu..

12. "
Selamat Hari Guru:...semoga ilmu yang dicurahkan dapat membentuk insan yang beriman dan beramal soleh. Amin.

13. Dulu, murid hormat dan takut guru, kini...guru takut murid. Dulu Guru chalk n talk. Kini ... Guru kena slow talk. Dulu, guru boleh claim. Kini tak boleh complain. Dulu, Hari Guru dapat wang saku. Kini...Hari Guru dapat penyapu. Kena gotong royong... Selamat Hari Guru.

14. Selamat Menyambut Hari Guru 2010. Pahatkan dalam hati... guru Pembina negara bangsa... Selamat maju jaya dalam karier cikgu...

15. Semoga usaha dan niat insan bergelar guru mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah. Selamat Hari Guru.

16.
Buat Ustaz....Selamat Hari Guru diucapkan...ampun segala khilaf saya. semoga ustaz sihat sentiasa dan bahagia disamping keluarga dan pejuang ummah, panjang umur dan murah rezeki...Amin Ya Rabb...

17. Selamat pagi cikgu...A,B,C mula membacxa 1,2,3 mula mengira. Jasamu guru merata-rata bab puisi sasterawan negara. Kini ditagih " Guru Pembina Negara bangsa". Berkejaran kita mencari idea, mengerah tenaga demi anak murid yang tercinta walaupun ada masa anak sendiri entah di mana.

18. Teacher is like PEPSI "ask 4 more" Teacher is like NIKE " just Do IT" Teavhjer is like NOKIA " connecting people". Teacher is like McD " I'm loving it. Teacher is like TOYOTA "Moving forward". Happy Teacher's day.

19. "Selamat Hari Guru' semoga usaha dan pengorbanan diiktiraf sebagai ibadah serta diredhai Allah.

dan banyak lagi. tak larat nak tulis semua. Apapun terima kasih atas ucapan dan doa. Semoga guru menuju guru musrsyid, murabbi, mua'dib dan selayaknya.

Thursday, May 13, 2010

Judi bola sepak: PAS, PKR, DAP bantah keras

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS, PKR dan DAP walaupun pemimpin dan ahlinya berbeza agama dan bangsa sepakat membantah keras judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Dalam kenyataan berasingan mereka menyifatkan langkah ini satu yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Semalam, media melaporkan, Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap.

Umno undur ke belakang - PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah pihak kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri, katanya dalam satu kenyataan.

Hasilnya, kata beliau, wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang.

Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

"Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

PKR bantah keras

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan, kata Ketua Penerangannya Latheefa Koya.

PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat.

Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.

Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini.
Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya.

Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golongan yang kaya, katanya.

Tambah beliau, Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat, kata Latheefa.

Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi, tambah beliau.

Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.

Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta, tegas beliau.

Najib perolokkan MEN - DAP

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya pula berkata, kelulusan lesen ini merupakan satu tindakan yang memperolokkan Model Ekonomi Nasional (MEN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini kerana Najib telah membentangkan model baru cara menjalankan perniagaan di Malaysia yang menurutnya akan lebih telus dan kompetitif.

Dalam ucapannya, Najib memberikan jaminan tidak lagi akan bertolak ansur dengan 'rent-seeking and patronage' (pengambil kesempatan dan perlindungan) dalam ucapannya semasa melancarkan MEN.

Kini, dengan menganugerahkan konsesi paling mewah untuk tahun ini kepada tokoh yang terkenal rapat dengan pemimpin BN, Tan Sri Vincent Tan, Najib telah membakul sampahkan segala ucapan dan janjinya sebelum ini, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Yang paling sedihnya, ia dibuat dalam keadaan paling buruk, tiada permintaan terbuka untuk membuat cadangan dan tiada tender terbuka atau sebutharga untuk lesen judi sukan.

"Atas dasar apa Vincent Tan dianugerahkan konsesi bernilai bilion ringgit ini yang bukan sahaja akan mengkayakan dia tetapi dalam masa yang sama merosakkan rakyat melalui dorongan untuk berjudi," soal Tony Pua lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar menarik balik lesen ini dan membentuk satu Jawatankuasa Terpilih Dewan Rakyat untuk mengkaji kesan judi sukan ini kepada rakyat Malaysia.

"Jika diluluskan pun, pastikan ia dibuat secara tender terbuka, telus dan kompetitif atau sebut harga lelongan dibuat untuk mempastikan ia telus dan nilai wang terbaik untuk kerajaan dan rakyat," kata Tony.

Monday, May 10, 2010

Meminang

Cuti pertengahan Tahun bagi sesi pengajian 2010 hampir membuka tirainya. Berduyun kad dan sms kahwin yang diterima. Pelbagai tugasan yang bakal terbeban dibahu pengantin lama. Pastinya bakal pengantin baru tidak sabar-sabar menunggu tarikh keramat ini dan hari yang bersejarah dalam kehidupan mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.

Apa pun, kita tetap mengharapkan perkahwinan yang merupakan tuntutan dan ibadah dalam Islam, dilaksanakan mengikut syariat Islam. Mana mungkin ibadat kahwin seumpama ibadat solat juga, tidak boleh dicampurkan dengan perkara-perkara yang haram. Jauhilah sikap bermegah-megah dalam melaksanakan kenduri kahwin ataupun sebarang urusan perkahwinan.

Kemegahan ini hanya akan menyeksa bakal menantu dan anak kita. Sanggupkah kita membiarkan anak dan menantu kita berhutang demi untuk menikmati hubungan yang halal dan diredhai Allah? Sanggupkah kita melihat selepas perkahwinan itu nanti, anak dan menantu kita terbeban dengan hutang dan tertangguh melaksanakan kewajipan dan keperluan hakiki mereka?

Kita boleh pejamkan mata dalam meraikan beberapa adat nenek moyang seperti belanja duduk, belanja buka mulut dan belanja terima semasa proses peminangan sekalipun tidak ada dalam syara'. Namun budaya berhibur yang keterlaluan, hidangan arak, tepung tawar,kerakay dan percampuran bebas amatlah ditegah kerana keberkatan ibadah perkahwinan akan hilang, bahkan pengajur atau tuan rumah akan menanggung dosa pelaku maksiat tersebut. Cukuplah kita memikul dan menangung dosa sendiri yang sudah belum tentu bila taubatnya.

gambar-gambar ini tidak ada kena mengena dengan artikel di atas. Cuma sekadar rakaman proses peminangan yang telah dilalui
Menunggu Feri untuk membawa kami dan kereta kami ke rumah perawan yang bakal dipinang
lepak di pondok OM-OMM, sementara feri datang. Tak sabar rasanya
Nah...naik feri bersama Pakistan. Tadi Timur-Timur sekarang pakistan Pula. Ramai saudara kita
minta kebenaran pengawal untuk masuk meneruskan perjalanan ke rumah perempuan. Proses peminangan yang penuh cabaran. Kerana kasih ku turutkan juga. Selamat berbahagia di Jun ini

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008