Monday, May 10, 2010

Meminang

Cuti pertengahan Tahun bagi sesi pengajian 2010 hampir membuka tirainya. Berduyun kad dan sms kahwin yang diterima. Pelbagai tugasan yang bakal terbeban dibahu pengantin lama. Pastinya bakal pengantin baru tidak sabar-sabar menunggu tarikh keramat ini dan hari yang bersejarah dalam kehidupan mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.

Apa pun, kita tetap mengharapkan perkahwinan yang merupakan tuntutan dan ibadah dalam Islam, dilaksanakan mengikut syariat Islam. Mana mungkin ibadat kahwin seumpama ibadat solat juga, tidak boleh dicampurkan dengan perkara-perkara yang haram. Jauhilah sikap bermegah-megah dalam melaksanakan kenduri kahwin ataupun sebarang urusan perkahwinan.

Kemegahan ini hanya akan menyeksa bakal menantu dan anak kita. Sanggupkah kita membiarkan anak dan menantu kita berhutang demi untuk menikmati hubungan yang halal dan diredhai Allah? Sanggupkah kita melihat selepas perkahwinan itu nanti, anak dan menantu kita terbeban dengan hutang dan tertangguh melaksanakan kewajipan dan keperluan hakiki mereka?

Kita boleh pejamkan mata dalam meraikan beberapa adat nenek moyang seperti belanja duduk, belanja buka mulut dan belanja terima semasa proses peminangan sekalipun tidak ada dalam syara'. Namun budaya berhibur yang keterlaluan, hidangan arak, tepung tawar,kerakay dan percampuran bebas amatlah ditegah kerana keberkatan ibadah perkahwinan akan hilang, bahkan pengajur atau tuan rumah akan menanggung dosa pelaku maksiat tersebut. Cukuplah kita memikul dan menangung dosa sendiri yang sudah belum tentu bila taubatnya.

gambar-gambar ini tidak ada kena mengena dengan artikel di atas. Cuma sekadar rakaman proses peminangan yang telah dilalui
Menunggu Feri untuk membawa kami dan kereta kami ke rumah perawan yang bakal dipinang
lepak di pondok OM-OMM, sementara feri datang. Tak sabar rasanya
Nah...naik feri bersama Pakistan. Tadi Timur-Timur sekarang pakistan Pula. Ramai saudara kita
minta kebenaran pengawal untuk masuk meneruskan perjalanan ke rumah perempuan. Proses peminangan yang penuh cabaran. Kerana kasih ku turutkan juga. Selamat berbahagia di Jun ini

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008