Tanpa disedari setelah sembilan tahun berkhidmat di SMK Bukit Garam.
Perasaan sunyi makin terasa.
Satu demi satu kawan-kawan seperjuangan
meninggalkan lokasi untuk untuk ke lokasi pilihan mereka.
Ramai yang terkemudiaan,
yang dulu kusambut dan kuraikan juga sudah berlalu
Begitulah tahun demi tahun,
sahabat-sahabat seperjuangan bersilih ganti.
Aku setia berbakti, di Kinabatangan kota sakti.
Sekali sekala, kurenung jua,
apakah aku akan terus relakan hati,
menjadi murabbi diketika rakan mengundur diri.
Bukan di medan murabbi tetapi berlainan lokaliti?
Disitu bumi dipijak disitu langit dan Islam kujunjung kusemat dihati
pada awal sebelum di hantar pergi.
Itu juga janji aku pada diri,
Menerima takdir ketentuan ilahi
Mendidik, meninggi syiar mu Ya Rabbi
Bagi Bekalan hidup sesudah mati
Selalu kuingat pesanan Pak Malau
Lantaran panggilan anak desa untuk pulang
Benih yang baik takkkan mudah silau
Terpelanting ke laut menjadi Pulau
Campak di darat Menjadi Bukit
Yea… memang aku tercampak ke Bukit Garam
Ada orang kata gerangan orang lepas geram
Peduli apa….. aku bukan sebarang
Menjadi pendidik tetap mengajar orang
Sekalipun jauh di dalam ceram
Akhir-akhir ini baru kuperasan
Kawan lelakiku makin kurang
Bukan pula bererti sudah kupilih perempuan sebagai kawan
Pendidik perempuan menganti lelaki yang pulang
Itulah jadinya… makin hari makin berkurang
Dalam pahit terserlah manisnya
Sedikit disusun ukhwah dijalin
Keceriaan, keseronokan terzahir kemesraan
Senda gurau, olok mengolok, tapok menepuk
Itulah asam garam SMK Bukit Garam
Bergambar kenangan bersama murabbi lelaki yang masih berbaki
Oooo… Tuhan
Mohon petunjuk jalan terang
Perjuangan tetap kuteruskan
Amanah hakiki julang Islam
Di Bumi penduduk dahagakan iman
Cuma….. bila disuap seperti tak mahu makan
Mungkin uslub dakwah yang tempang
Itulah pentingnya berjemaah dan bantuan kawan
Paling tidak ada murabbi bagi panduan
Bagi menunjuk jalan pulang