Wednesday, February 17, 2010

Unit Amal Dekati Masyarakat Dengan Gasing

Kepelbagaian kaedah dakwah penting dalam usaha mendekati masyarakat dan menyebarkan Islam. Apa lagi dalam keadaan masyarakat yang kaya dengan adat dan amalan tradisi.

Gambar: berbeza fahaman politik bukan halangan untuk persahabatan

Justeru itu, Unit Amal, Dewan Pemuda PAS negeri Sabah telah mengambil pendekatan untuk turun bersama-sama penduduk Kg Perancangan dengan menganjurkan pertandingan bermain gasing yang sangat popular di Kampung tersebut.


Program yang bertujuan untuk menautkan tali persahabatan dengan penduduk kampung Perancangan telah dihadiri oleh 60 orang ahli Unit Amal seluruh Sabah.Para peserta turut bermain gasing dan menyertai pertandingan yang telah dimenangi oleh penduduk kampung Perancangan, telah menghiburkan penduduk kampung tersebut.

Kehadiran kanak-kanak yang teruja dengan kedatangan Unit Amal juga diraikan oleh unit Amal Sabah sebagai sahabat dan aset masa depan. Mereka turut diberi ruang untuk bermain bersama-sama ahli Unit Amal, Dewan Pemuda PAS Sabah.

Gambar : Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu turut sama semasa temubual

En Putra Hj Awang, Pengerusi JKK Kg Perancangan amat berbesar hati atas kesudian pihak Unit Amal Sabah untuk bertamu dan menyertai permainan gasing di kampung mereka. Penduduk Kg Perancangan yang seratus peratus beragama Islam dari suku bangsa Dumpas mendiami kg Perancangan sejak tahun 1700 dan permainan gasing mula dimainkan pada tahun 1960 lagi.


Permainan gasing atau 'Tuag' dalam bahasa Dumpas" dihidupkan kembali pada tahun lepas bagi mengekalkan indentiti orang-orang Dumpas. " Kita dalam proses untuk menghidupkan kembali permainan gasing dan mengharapkan Unit Amal Sabah membantu mempromosi permainan tradisi Kg Perancangan ini" Ujur En Putra ketika diberi peluang untuk berucap mewakili penduduk Kampung.

Sementara itu, bagi pihak Unit Amal, Saudara Saifuddin Ahmad menyakinkan bahawa Unit Amal, Dewan Pemuda PAS Sabah akan terus bersama-sama penduduk kampung untuk program-program kebajikan terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Beliau juga mengharapkan sokongan penduduk kampung dalam menjalankan misi kebajikan yang dilakukan secara sukarela ini.

Aksi mata tunggal Unit Amal
Bergambar kenangan dengan Penduduk Kampung






Penduduk kampung membuktikan kejaguhan mereka

Persiapan Awal Penduduk Perancangan

Membasah Tekak dengan setelah memutar gasing

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008