Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS sentiasa mengharapkan sumbangan NGO khususnya anak Kelantan di Perantauan menjayakan misi Kerajaan Kelantan mendaulatkan Islam dan meletakkan Islam sebagai asas dalam semua bentuk kerja. Hasrat ini dinyatakan Timbalan Menteri Besar kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ketika merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (PERAKAN MALAYSIA) di Greenwood.
Ust Ahmad Yaakob sedang menandatangani Buku Pendaftaran PERAKAN
"Kerajaan Kelantan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran anak-anak Kelantan di Perantuan demi kebaikan rakyat dalam pentadbiran sesuai dengan moto Kerajaan Kelantan "Membangun Bersama Islam."Ujur Ahmad lagi.
Sebagai bukti Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran anak-anak Kelantan, Kerajaan kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan telah mengadakan Majlis dialog bersama Anak-anak Kelantan Diperantauan setiap tahun.
Persatuan anak rantau seperti PERAKAN diharapkan menjadi duta Kerajaan Kelantan dan membantu Kerajaan Negeri memacu hasrat untuk membina kader-kader Islam yang boleh menyelamatkan ummah. Atas hasrat itu, Kelantan telah memberi peruntukan yang besar (80 juta)kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) . YIK telah membangun dan mengurus beberapa buah maahad Tahfiz Sains yang meletakkan Islam sebagai asas pendidikan. Usaha ini diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan Tamadun Islam dan Kelantan serambi Mekah.
Menurut Ahmad lagi, ramai orang bijak gagal mengurus dunia kerana lemahnya iman dan amanah. Sebaiknya serahlah kuasa kepada Islam untuk memerintah sebagai pra syarat untuk bersatu dalam erti kata yang sebenar.
Majlis yang dihadiri oleh perwakilan 14 cawangan itu termasuk Sabah dan Sarawak turut dihadiri oleh dua orang exco Kerajaan Kelantan Dr Fadzli Hassan dan Dr Fatah Mahmud.Ust Abdul Rahman Yunus selaku ketua Penyelaras Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan turut hadir.