Sunday, May 29, 2011

Ketepikan Semangat Kenegerian Utamakan Keadilan

SANDAKAN 30 MEI: Ketidakadilan dalam mengagihkan kekayaan menjadi sebab kenapa Sabah agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kekayaan yang berpusat kepada golongan tertentu juga telah menjadikan jurang kekayaan dan kemiskinan juga begitu jauh.

Selain itu, sikap pemimpin yang mengapikan semangat kenegerian yang tinggi di jiwa rakyat Sabah juga merupakan satu pendekatan politik yang berbahaya dan merugikan rakyat. Dasar pecah dan perintah telah menjadi senjata yang begitu ampuh untuk penjajah British terus kekal menjajah dan menjadi guru kepada tanah jajahan mereka. Demikian kata Hj Apandi Muhamad


Kalau di semenanjung, BN mengapikan politik perkauman yang seolah-olah menjulang Melayu sebagai bangsa yang bermaruah dan berdaulat. Akan tetapi hakikatnya, orang Melayu jauh ketinggalan, hak keistemewaan orang Melayu di rompak satu demi satu hinggakan perkapita sekolah Agama rakyat yang menjadi benteng orang Melayu dan Islam juga diragut rakus. Tambah Hj Apandi, YDP PAS Jeli yang juga seorang usahawan yang berjaya.


“Gendang kenegerian yang dimainkan BN dan SAPP bertujuan untuk memastikan peribumi Sabah terus bersama mereka. Hakikatnya, rakyat Sabah terus dipermainkan dan sokongan mereka hanya ditukar ganti dengan tangki air dan zink sahaja”. Jelas Hj Apandi yang merujuk kepada pengalaman beliau semasa PRK Batu Sapi lalu.


“Rakyat Kelantan boleh dijadikan model sebagai rakyat yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Akan tetapi, dek Keadilan yang diutamakan, rakyat negeri lain bebas untuk memegang jawatan Persekutuan di Kelantan malah rakyat Kelantan telah melantik Menteri Besar dan Exco serta wakil rakyat daripada orang luar Kelantan”. Tambah Hj Apandi lagi.


Sekarang ini YB Takiyuddin Hassan, YB Salahuddin Ayub, YB Ust Nasaruddin Mat Isa dan Yb Dr Hatta Ramli ialah antara wakil rakyat dan exco Kelantan yang disayangi oleh kepimpinan dan rakyat Kelantan.


Rakyat Sabah seharusnya memberi perhatian kepada masalah kad pengenalan palsu dan penguasaan tanah oleh mereka yang berkepentingan sebagai agenda utama dalam memastikan hak dan masa depan mereka terbela.


sumber : Sabahkita.net

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008