Wednesday, May 4, 2011

Pertandingan Semua Jawatan Dewan Pemuda PAS Sabah Budaya Sihat

sumber : Sabahkita.net

SANDAKAN- Semua jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Sabah telah menyaksikan pertandingan sengit antara calon yang bertanding kecuali jawatan Ketua Pemuda.

Jawatan Ketua Pemuda menyaksikan Lahirul Latigu tidak dicabar buat kali kedua. Manakala jawatan Ketua Pemuda menyaksikan pertandingan dua penjuru yang menobatkan penyandangnya Ust Zaidi Mustapha berjaya mempertahankan kedudukannya. Sementara itu, Ust Mohd Yusri Mansor telah berjaya mengetepikan dua pencabarnya untuk jawatan Naib Ketua Pemuda setelah Darmansyah tidak mempertahankan jawatannya sebaliknya bertanding dan menang untuk jawatan Pengerusi Tetap.


10 orang Exco yang menang terdiri daripada muka lama dan muka baru yang bakal mewarnakan Dewan Pemuda PAS untuk sesi 2011/2013.


Menurut Khairul Yusri, bekas bendahari DPPNS gandingan muka baru dan muka lama ini dilihat lebih bernafsu untuk memimpin perubahan sepertimana yang digarap oleh Ketua pemuda.

“Sekalipun pemilihan jawatan ini terpaksa melalui pertandingan di semua jawatan tetapi ahli PAS dididik dengan adab-adab berjemaah dan wala’ yang tinggi terhadap pimpinan, saya yakin ianya tidak memberi sebarang kesan buruk kepada DPPNS malah akan menyuburksan demokrasi dalam parti” . Jelas Yusri lagi.


Selain itu, Ust Mustaqim Aling, Yang Dipertua PAS Kota Belud yang turut hadir sebagai pemerhati turut memuji kematangan berpolitik pemuda PAS Sabah apa lagi dalam menghadapi pemilihan sebegini. Menang dan kalah bukan keutamaan dalam melaksanakan kerja Islam, malah keikhlasan dan kesungguhan disamping strategi yang berkesan patut dijadikan peluru dan perisai bagi setiap kader dakwah yang menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008