Monday, March 28, 2011

Jauhi Fitnah dalam Berpolitik

KENINGAU : PAS sebagai parti pembangkang tertua di Malaysia yang masih bertahan sehingga kini kerana memiliki pendokong yang amanah, istiqamah disamping karisma kepimpinan yang menjadikan agama sebagai panduan dan tunjung dalam perjuangan. Ahli PAS diikat dengan soal dosa dan pahala serta balasan syurga dan neraka. Itulah yang selalu disebut dan diingatkan dalam muktamar PAS, ceramah PAS dan kuliah-kuliah ustaz-ustaz PAS.

Kerja-kerja menfitnah ini adalah kerana yang bertentang dengan dasar dan matlamat perjuangan PAS. Apa lagi mencapai kuasa dengan cara yang salah dan bertentangan dengan prinsip kemanusiaan. Malah PAS lebih rela kalah dalam pilihanraya daripada daripada memenangi atau mendapat kuasa melalui kaedah yang tidak sah seperti menggunakan senjata fitnah, rasuah pengundi, memperbodoh dan menutup maklumat sebenar kepada rakyat.

Dakwaan PBRS bahawa PAS memfitnah mereka dalam kes Sook disebabkan salah memahami PBRS terhadap apa yang diperkatakan dan diperjuangkan oleh pimpinan PAS Sabah.

“ Kita merasa kecewa dengan sikap Kurup yang tidak turun ke medan untuk memahami rakyat terbanyak. Masalah tanah adalah masalah yang kronik kerana ianya melibatkan masa depan bahkan boleh dikatakan tanah adalah nyawa rakyat”. Jelas Hisyamuddin, YDP PAS Kawasan Keningau.

“ Kurup menutup ruang untuk rakyat mendapat pencerahan hak daripada PAS. Malah menggunakan pihak keselamatan untuk untuk menyekat penduduk kampong daripada mendengar penjelasan hak yang dibawa oleh PAS”. Tambah Hisyamuddin merujuk kepada peristiwa kehadiran polis ke kampong-kampung yang dihadiri oleh rombongan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat Sdr Mazlan Aliman baru-baru ini.

“Tuduhan PAS mengekplotasi penduduk Sook untuk menuntut hak, menggambarkan kepada kita bahawa Kurup menganggap penduduk atau pengundi Sook hak mereka dan hanya perlu mendengar kata Kurup sahaja. Sebab itu, kami mempersoalkan hak demokrasi dan parti berdaftar untuk bersuara dan membela penduduk Sook”. Kata Hisyamuddin dengan nada kesal.

Menjawab penyelesaian terhadap masalah tanah di kawasan Sook melalui pembuburan hutan simpan kawasan Sook Plain Reserve dan Mandalom, Hisyamuddin menjelaskan bahawa sekali lagi Kurup bermain silap mata dengan penduduk Sook.Penduduk Sook diberi panadol untuk meredakan deman, pada hakikatnya, telunjuk lurus kelingking berkait.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008