KOTA KINABALU :Tiada sebuah kerajaan pun di dunia ini yang kekal memerintah sehingga kiamat. Sejarah juga membuktikan bahawa banyak kerajaan runtuh oleh faktor-faktor yang remeh tetapi digerakkan secara kolektif , tersusun dan izin Allah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Naib Presiden PAS Sallehudin Ayub ketika menyangkal dakwaan BN akan terus berkuasa di Sabah. Keruntuhan kerajaan Namrud hanya kerana serangan nyamuk, Firaun oleh anak yang dibesarkan di istananya.
Salahudin disambut oleh wakil anak Muda Dusun"Sekiranya BN Sabah terus menindas dan merampas tanah rakyat marhain Sabah, saya cukup yakin anak muda Sabah akan bangkit menukar kekuasaan BN sekalipun ianya dilihat kukuh dan tidak mungkin ditumbangkan tetapi anak muda mesir dan Tunisia telah membuktikan mereka berupaya menjatuhkan diktator tersebut". ujur beliau disambut tepukan gemuruh wakil anak muda yang hadir.
Beliau menjelaskan, bagaimana ketakutan pemimpin zalim menghadapi kebangkitan anak muda zaman demi zaman. Zaman ini menyaksikan anak muda hanya perlu menggunakan jari jemari untuk menghadapi kezaliman dan penindasan. Lihat bagaimana Obama seorang warga kulit hitam berupaya mengalahkan Haliry Clinton, seorang wanita kulit putih, wanita berpengaruh dan seorang diplomat yang hebat kerana keupayaan mengheret anak muda melalui penguasaan IT dengan mottonya" change Now".
Jiwa anak muda mesti disuburkan dengan roh perjuangan. Kembalikan semangat dan roh perjuangan Rosli Dhobi, Mat Salleh, Antanom dan sebagainya dalam jiwa anak muda Bornea. pengobanan mereka mempertahankan tanah air mereka telah memberi isyarat kepada penjajah bahawa tanah adalah nadi rakyat. Jangan ada penjajahan tanah air dalam bentuk baru.
Pun begitu, Sallehudin menegaskan, PAS masih berpegang kepada demokrasi dan mahukan peralihan kuasa melalui sistem demokrasi yang matang. Dalam masa yang sama mengharapkan hak rakyat didahulukan tidak menjadi retorik untuk penguasa BN terus menipu rakyat.