Monday, March 14, 2011

Lahirul Kesal Kurup mainkan Isu Perkauman Sempit

Sumber : sabahkita.net

Api perkauman, persempadanan tempat dan taraf social rakyat semakin kerap dijadikan senjata oleh pimpinan BN untuk mempertahankan kuasa mereka yang semakin terhakis dan dipertikaikan oleh rakyat.Ketegasan yang dibuat oleh Ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong dalam merasmikan sidang parlimen baru-baru ini jelas melarang menggunakan isu perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan dan pergeseran antara rakyat. Mengingkari titah YDP Agong bererti derhaka.


Tindakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengencam Hisyammudin (Presiden TABAH) yang kononnya pemimpin semenanjung adalah jelas bertentangan dengan konsep persekutuan yang diamalkan dan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Pengerusi BN, Najib Razak. Sedangkan Kurup adalah seorang presiden parti komponen BN yang ditunjang oleh UMNO juga dari semenanjung.


“Sepatutnya Kurup sebagai seorang veteran politik dan lama dalam kerajaan Persekutuan cuba merapatkan jurang perbezaan kefahaman, sosioal-ekonomi dan politik di antara rakyat Malaysia. Sikap menganggap bukan Sabahan sebagai orang luar sepatutnya dikikis di fikiran rakyat Sabah apatah lagi pada pemimpin politik yang berjawatan Timbalan Menteri diperingkat kerajaan Persekutuan”. Jelas Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah.


“Budaya pecah perintah antara kaum di Negara ini menjadi senjata ampuh parti pemerintah BN Sabah sekalipun mereka sendiri melutut di kaki UMNO untuk mendapat kerusi. Sedangkan Pakatan Rakyat dilihat lebih bersikap terbuka dalam membela hak-hak kaum dan pemimpin selalu menanam sikap berbaik sangka di antara kaum sesuai dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Negara berkebajikan dan berbaik sangka antara kaum tetapi dalam masa yang sama tetap mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing”.tambah Lahirul lagi.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008