Cuti persekolahan kian menghampiri kita. Musim banjir bakal menjelang tiba. Dua musim ini amat sesuai untuk menyatukan dua insan yang bercinta melalui ikatan perkahwinan. Majlis perkahwinan biasanya tidak sunyi daripada melalukan perkara-perkara adat yang bertentangan dengan kehendak Islam walaupun sudah jelaskan hukum oleh para ulama. Tapi nampaknya usaha ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat.
Mungkin kita leka bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menjauhkan seseorang daripada maksiat. Persoalannya kenapa majlis-majlis yang kita jalankan,kita sulami dengan maksiat?
Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah
Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.
Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : �Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.�
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).
e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak, dangdut dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.
.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.
.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.
Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.
Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan, penmgantin lelaki dan juga tetamu mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah sungai dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya diselit dengan perkara-perkara yang tidak disukai dan dimurkai Allah.
Hujah inilah menyebabkan saya meletakkantajuk artikel ini, Kahwin...Nasi Kunyit berlaukkan najis. Nasi kunyit itu halal,murni,dimuliakan tetapi ianya dikotori dengan amalan-amalan yang bertentangan syariat.Itulah najis. Sanggupkah kita memakannya??Kenapa amalan khurafat dan haram ini diteruskan???
IKLAN
Media Alternatif
Tetamuku Sahabatku
Rakan Blogger
-
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 months ago
-
ZIARAH DAN KHUTBAH DI PULAU GAYA7 years ago
-
-
Saginaw Michigan Foreclosure9 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan11 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN12 years ago
-
Catatan12 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL14 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN14 years ago
Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Bilik Sewa Melaka6 months ago
-
Rindu.....10 years ago
-
Perancangan10 years ago
-
-
-
Pelbagai Rujukan
Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak ru...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nasi ...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ka...
-
Hanya Islam yang syumul yang merangkumi doktrin politik Islam sahaja yang digeruni dan dihormati oleh musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh ...
Kategori Berita
Cantikkan Blog
Friday, October 31, 2008
Kahwin....Nasi kunyit Berlaukkan Najis
Thursday, October 30, 2008
Pak Yazid, Remaja 56 Tahun
Terlebih dahulu,maafku pohon kepada Pak Yazid atau Nama sebenarnya Mat Yazid kerana menulis artikel berkaitan dirinya tanpa meminta kebenaran. Namun coretan ini tanpa niat untuk memuji apalagi mengeji. Tetapi sebagai seorang yang selalu turun ke program, terutama program amal dan gerak kerja jemaah, sudah lama aku mengkagumi insan yang popular dengan nama Pak Yazid ini.


Labels: Tokoh
Tuesday, October 28, 2008
Catatan Ekspidisi Dakwah Ke Pulau Pamaguan
Pulau Pamaguan terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menggunakan bot daripada jeti Pasir Puteh Sandakan. Kalau perjalanan dari Sandakan, kita akan melewati Istana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman , Sri Libaran. Istana yang tersergam indah itu,mungkin juga mercu tanda kemajuan Kg Sungai Kayu, Kg Batu Puteh dan Pulau-pulau sekitar.
Rombongan Yayasan Amal seramai 37 orang, pimpinan Sdr Sahar Abdul Majid tiba di pengkalan Pulau Pamaguan tepat jam 12.35 tengahari. Kami menyewa kapal kecil untuk membawa 37 anggota dan barang-barang keperluan program serta sumbangan-sumbangan yang akan disampaikan kepada penduduk pulau Pamaguan. Kapal kecil yang kami naiki tidak boleh melalui pengkalan biasa terpaksa melalui jalan paya bakau. Ini menyukarkan kami. Kami terpaksa meredah hutan paya bakau yang becak. Jalan yang telah dirintis oleh penduduk kampung bagi memudahkan perjalanan kami.
Perjalanan dengan mengangkut barang-barang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dari pengkalan ke tapak program.Kami terpaksa ulang- alik mengangkut barang-barang tersebut. 3 tong gas, 2 generator, peralatan memasak,600 kilo beras, gula , minyak masak dan berguni-guni pakaian terpakai cukup untuk mencabar ketahanan fizikal dan mental kami. Nasib baik juga,sebahagian besar daripada kami adalah tenaga muda.
Setiba kami di sana, solat jemaah zohor ditunaikan dibawah pokok kelapa. Kawasan sekitar SK Pamaguan menjadi tapak projek kami. Rumah Guru dikhaskan untuk lokasi masak-memasak.Ust Mahadir turut menggunakan khidmat anak dan isterinya bagi menyediakan makanan kepada para peserta.Makanan tengahari bergantung kepada bekal yang masing-masing bawa. Aku yang tidak sempat membawa makanan,mendapat syafaat rezeki Pak Yazid dan Ust Mujahideen.
Aktiviti hari pertama, hanya menyediakan khemah dan memberikan kawasan sekolah.Khidmat diri diutamakan kerana kebanyakkan peserta keletihan. Apa lagi bau busuk anjing mati di bawah rumah guru turut mencucuk hidung kami.Malam diisikan dengan kuliah maghrib, sesi taaruf dan mesyuarat untuk persiapan hari esok.
Pelangan kami yang pertama adalah kanak-kanak. Pagi-pagi lagi mereka datang ke tempat kami dengan pakaian sukan. Kelmarin mereka turut membantu memunggah barang-barang kecil. Sikap pemurah ahli-ahli Yayasan Amal yang menyumbang upah yang lumayan menambah minat mereka mendekati kami. Selepas bersarapan,motivasi pelajar dimulakan. Aku ditugaskan untuk menyampaikan ceramah keibubapaan. Kekok juga berceramah di hadapan orang-orang yang jauh lebih lama menjadi ibubapa. Tapi apa boleh buat..dah tugas ustaz macam tu. Alhamdulillah,ceramah dan kritikan yang disampaikan dalam keadaan merendah diri dapat diterima dengan baik oleh mereka. Sehingga tamat ceramah masih ada-ada persoalan-persoalan yang lontarkan.Sementara itu, yang lain menjalankan gotong royong membersih dan mengecat masjid serta membersihkan kuburan. Aku dan Ust Mujahideen berkesempatan ke Pantai Paramaguan dengan dipandu oleh penduduk kampung
Selepas solat jemaah zohor,kami dibahagikan kepada kumpulan untuk menjalankan ziarah Muhibbah dari rumah ke rumah.Pengisian ziarah ini termasuklah soal selidik penghayatan Islam dan penyampaian beras dan barang dapur kepada setiap isi rumah yang berjumlah 50 keluarga di 23 buah rumah.Kami sempat menziarahi rumah Ketua kampung panglima Koboi Tandiku. Selain itu, Aku,PakYazid,Ust Kamarudin dan Ust Farihan ditugaskan menziarahi seorang penduduk kampung yang sudah hampir 2 tahun terlantar sakit.Dia sudah tidak bangun, pergerakannya diatur oleh isterinya.
Bekas pekerja balak ini hanya bergantung harap kepada isterinya yang juga seorang nelayan disamping wang kebajikan masyarakat RM130 sebulan. Kami turut mendengar rintihan bapa kepada 3 orang anak ini.2 orang sedang belajar di sekolah menengah di tanah besar Sandakan.Bebanan biayai lampin pakai buang memakan sebahagian besar kos sara hidup mereka. Apalah yang boleh kami bantu...hanya doa dan rasa simpati yang kami berikan.Aku ditugaskan menghulur sedikit sumbangan daripada peserta-peserta Yayasan Amal. Semoga kehadiran kami dapat memberi semangat kepada pesakit,bahawa masih ada yang sayang.
Petangnya diadakan sukaneka untuk kanak-kanak dan perlawanan bola sepak dengan penduduk kampung. Bola sepak kami telah memenangkan penduduk tempat dengan jaringan 6-1. Aku dan para peserta senior melayan penduduk kampung. Lokasi longgokan pakaian –pakaian terpakai yang disumbangkan turut mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Bergambar kenangan bersama masyarakat kampung dan warga sekolah Rendah Pamaguan
Cuti Depavali,digunakan untuk mempergunakan doktor hospital Sandakan (Dr Aslam) dan 3 orang pembantunya yang dipimpin En Ramlan untuk menjalankan rawatan perubatan percuma. Dewan sekolah dipenuhi penduduk kampung yang datang untuk mendapat rawatan. Selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah, Jamuan Rakyat diadakan. Jamuan akhir ini agak istimewa.Gulai ayam. Sedangkan sepanjang program kami makan ikan basong goreng je.
Jam 11. 45 pagi, kami mula mengangkut barang-barang ke kapal. Punggah memunggah ini mengambil masa. Kami terpaksa makan tengahari di atas kapal. Makanannya adalah lebihan dari jamuan rakyat tadi. Kami utamakan orang kampung dahulu walaupun kami juga dalam keadaan perut bercakap Tamil. Biskut kering turut menjadi lazat dalam keadaan begini. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke darat.
Kami tiba di jeti Kg Batu Puteh dalam jam 2.30 petang. Aku sampai di rumah jam 5.30 petang. Lewat sedikit kerana singgah di kedai untuk membeli saguhati anak-anak. Semestinya mereka ternanti-nanti kepulanganku setelah 3 hari meninggalkan mereka. Itulah indahnya perpisahan walapun sekejap.
Semoga usaha dan khidmat yang kerdil dari insan-insan kerdil ini memberi munafaat untuk diri kami dan masyarakat. Setidak-tidaknya dapatlah kami merasai sedikit kesusahan masyarakat desa atau pulau.Tidur bertemankan rengit (agas-agas) yang membaluti betis di samping kesejukkan malam kerana 2 malam kami di sini, kami disirami hujan. Aktiviti kadang-kadang terganggu.
InsyaAllah, dapatan yang kami dapat sepanjang program akan menyusul dalam posting-posting yang akan datang. Terima kasih sahabat, atas kemurahan jiwa dan keluhuran hati kalian dalam memastikan Program Khidmat Masyarakat Pulau Pamaguan berjalan mengikut Perancangan. Tahniah untuk saudara Sahar dan Mustaman.Takbirrrrrrr!!!!
Sdr Sahar selaku Pengarah program kelihatan agak keletihan dan biskut kering menjadi santapanya.
Monday, October 27, 2008
Lepaskan Rindu
Assalammualikum kepada semua para pembaca,
Beberapa hari meninggalkan alam blog rasa macam rindu-rinduan pulak.3 hari meninggalkan rumah untuk menyertai khidmat masyarakat di Pulau Pamaguan cukup terasa. Apa lagi sepanjang program,kerap kali diingatkan oleh kawan-kawan terutama adik Mustaman supaya selalu ambil gambar untuk dimasukkan dalam Legehiyyah. Tambahan pulak selalu bersembang tentang blog dengan ustaz kamaruddin (perenunglangit) dan Ustaz Farihan serta Ustaz Muhajididin( Mujahidinsandakan). Macam tidak sabar rasanya untuk menulis. Walaupun menyedari destopku masih di rumah sakit. Masih dirawat oleh ust Fauzi. Sudah seminggu lebih tetapi sakitnya belum dapat dikenalpasti. Teruk ni.Habislah baki bonusku....nasib baik ada laptop tua ini yang masih boleh berjasa.
Tadi dalam jam 5.30 baru aku sampai dirumah. Kawan panggil ambil daging binatang buruannya. terpaksa berkejar ke pengkalan. Esoklah untuk mengisahkan tentang khidmat masyarakat di Pulau Pamaguan. Ada fakta menarik yang boleh dikongsi bersama terutama untuk rakyat kelantan dan PERAKAN. Rehat dulu, malam ini untuk persiapan tugasan esok. Kepada pengunjung blog, terima kasih atas kunjungan dan pandangan. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada kita. Bagi mereka dimedan juang,gengam bara api biar sampai jadi arang.kalau bukan kita siapa?Kalau bukan sekarang Bila?
Friday, October 24, 2008
Program Mesra Desa Amal
Kg Nunuk Ragang adalah nama besar dalam sejarah negeri Sabah kerana ianya telah mencatat


menutup tirai malam dan embon.




Kalau dimuhasabah,betapa kerdilnya diri kita dalam menjalankan tugasan dakwah. Program sekerdil inipun,kita rasa seperti kita sudah berjasa kepada agama. Padahal kita belum layak untuk merasa puas atau bangga dengan usaha yang sekadar ini. Mereka yang berjuang mendaulatkan kalimah Allah jauh lebih perit, derita, sengsara dalam dalam menahan asakan mehnah dan tribulasi perjuangan untuk meninggikan agama Allah.

Monday, October 20, 2008
Program Bela Melayu, Skim Cepat Kaya atau Cepat…..???
Assalammualaikum….
Wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan wang, ungkapan ini sering kedengaran dan kerap menjadi hujah bagi mereka yang ingin menjana wang. Jana dengan cepat supaya kita jadi senang, kaya dan boleh membantu mereka yang memerlukan. Niat dan tujuan itu murni tetapi jalannya kerap tersasar.
Akhir-akhir ini, kita kerap dimomokan dengan kekayaan segera dengan menyertai beberapa skim. Hanya dengan mengeluarkan modal tertentu dan dapatkan downline...kita akan dapat gandaan wang itu.Skim demi skim akan muncul. Bahkan luka masih berdarah dengan skim yang sebelum ini, datang lagi skim baru. Yang ini lain lagi kononnya. Peliknya,mereka tidak serik menyertainya dan tidak malu untuk mengajak orang ramai, termasuk mereka yang sudah beberapa kali tertipu atau ter...rugi...Alasannya senang...tiada rezeki kita... dah takdir....Mungkin lain kali ada.Sepatutnya umat Islam tidak akan masuk dilubang yang sama dua kali.
Persoalan yang timbul di kepala ana, kenapa pelabur ini begitu yakin sedangkan:-
1. Kita tidak kenal secara jelas empunya penganjur dan operasi perniagaanya meragukan
2. Bank dan syarikat yang besar dan berdaftar secara sah sekalipun hanya memberi keuntungan sekitar 4-8 peratus sahaja tetapi syarikat dan skim nyamuk ini boleh beri jauh lebih dari itu. Tidak pelik kah??
3. Mereka yang tidak arif dalam seluk beluk perniagaan tersebut tetapi sanggup melabur dengan banyak hatta sanggup membuat pinjaman bank untuk diserahkan kepada

4. Untuk kutip derma jogathon dan program amal lain pun memerlukan permit polis. Derma RM10.00 dah rasa banyak. Kenapa mereka yang tiada sebarang kad kuasa yang menyakinkan ini,sanggup diberikan ratusan RM...ribuan ringgit.Apa jaminan pemulangan dan keselamatan deposite itu?
5. Setakat ini, skim yang disertai banyak membawa rebah jika dibandingkan mereka yang jadi jutawan.(mungkin ada segelintir yang terawal)
5. Kontak perniagaan syarikat yang tidak jelas(gharar), boleh dipercayai oleh orang berpendidikan tinggi bahkan ahli agama
6. Akal yang cetek kadang-kadang lebih berfungsi memikirkan munasabah skim itu, kenapa orang yang berpendidikan tinggi juga boleh terlibat.
Mungkin juga...mungkinlah pendekatan ini berkesan...
Menggunakan sentimen agama, bangsa, lokaliti, jemaah, kebajikan dan perkara yang berkait rapat dengan seseorang itu berkesan.
Pendekatan bertemu one by one atau face to face dengan mendahului ahli keluarga, sahabat handai, Al-Malk(orang yang berpengaruh) menyebabkan individu itu menjadi serba salah dan akhirnya menyertai walaupun masih ragu-ragu.
Penglibatan ahli agama (ustaz-ustaz) dan golongan profesional sebagai promoter atau orang perantaraan dapat menyakinkan individu tersebut.
Janji pulangan yang besar dengan modal yang sedikit, kerja yang mudah, dapat mengabui kewarasan aqal seseorang.
Kesungguhan, keghairahan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh upline dengan memakai kereta mewah, pakaian yang segak dan cara berbelanja berjaya mempengaruhi pelabur
Ana teringat semasa di bangku sekolah rendah dahulu...selalu ana berbangga sedapnya makan nasi dengan budu (makanan kegemaran rakyat Kelantan). Suatu hari ana disekeh(diketuk) kepala dengan kuat oleh ustaz. Macam mahu pecah kepala. Mutar itik. Bila di tanya....Ustaz menjelaskan buruknya engkau...membesarkan perkara yang makruh. Tetapi, dalam bab melabur skim ini,sebahagian besarnya subhat,gharar dan meragukan. Kenapa disebarkan dengan yakin dan bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengelilingi satu semenanjung atau Bornea?
Ana seronok menerima kawan dari jauh datang, yang dah lama berpisah. Dia datang bertandang ke rumah bersama kawan, kadang-kadang bersama keluarga. Malangnya keseronokkan itu sedikit terjejas bilamana kehadiran mereka terpaksa ana bayar dengan berat hati. Bukan setakat dengan duit tetapi juga dengan tekanan kerja untuk mempengaruhi kawan-kawan sekitar. Ada juga kawan tidak mahu datang ke rumah, katanya lebih selesa berbincang di warung...penting untuk meningkatkan ekonomi ummah...Bila masa membayar.....pura-pura sibuk. Bukan niat mengungkit.... tetapi apa sudah jadi dengan nilai persaudaraan, ukhwah dan ketelusan dalam persahabatan. Ziarah sudah bertukar niat.
Ini sekadar luahan rasa, harap sahabat tidak terasa dengan ungkapan-ungkapan di atas.Yakinlah... sahabat yang baik ialah sahabat yang sanggup menegur sahabatnya yang melakukan kesilapan. Bukan sahabat yang menyusahkan dan membawa rebah.Kita sudah keluarga yang perlu dibela dan perlu berusaha untuk menjamin masa depan mereka. Jangan kita bawa sahabat dengan pelaburan yang tak pasti,yang akhirnya menyusahkan mereka dan keluarga mereka. Tidak kasihankah kita,tidak rasa bersalahkah kita, kepada kawan kita, anak isteri mereka, ibubapa serta sahabat handai mereka. Mereka ikut kerana kita...Tak malukah kita untuk berhadapan dengan keluarga mereka. Mungkin wang yang dilabur..leburkan itu, wang simpanan masa depan mereka... wang awasan keluarga mereka, wang tabungan anak-anak mereka, wang ibubapa mereka, wang yang mereka pinjam dan dikenakan interest.
Mudah-mudahan, Allah menyelamatkan kita daripada terlibat dan menyebar perkara yang boleh menyusahkan kawan-kawan dan perkara yang tidak jelas disisi agama. Banyak lagi dosa lain yang kita tanggung. Kita insan yang lemah, insan yang selalu melakukan kesilapan,baik secara sengaja ataupun tidak. Kita juga insan yang mudah terpedaya dan memperdayakan.Budaya tegur menegur dan berlapang dada, perlu kita perkasakan supaya hasrat kita untuk membantu Melayu, Islam,jemaah dan kebajikan beroleh kejayaan.
Saturday, October 18, 2008
Pilihanraya Kampus,Kutiplah Mutiara itu.....

Monday, October 13, 2008
Warkah Untuk Cikgu Suhainizam
Sudah hampir setahun kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan. Kembalinya kau ke negeri asal meninggalkan aku dan kawan-kawan lama yang masih setia dengan daerah Kinabatangan. Menjalani tugas rutin harian seperti biasa. Khidmat aku dengan jabatan dan tugas dengan masyarakat tetap diteruskan. Kehilangan kawan – kawan sepertimu, Nizam Humaira, Arizan Sumaiyah tetap dirasakan. Namun demikian, takdir mesti diterima. Kenangan, kadang-kadang menganggu kosentrasi harian. Sengaja aku cuba melupakan kenangan lama supaya aku gagah menempuh musafir di negeri orang. Jiwa mana yang tidak terasa untuk pulang ke tempat asal. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Akan tetapi.. akan tetap kugengam kalimah, disitu bumi di pijak di situ Islam dijunjung.
Zam,
Kita bersama sehingga kita berpisah di KLIA pada Disember 2007. Ini bermakna aku adalah orang yang terakhir di Kinabatangan yang berpisah denganmu. Sebelum itu, kita sama-sama mengawas PMR di SMK Sukau. Itu antara tugasan terakhir kita bersama. Tatapilah gamabar kenangan kita di Sukau.
Zam,
Maafkan aku kerana kerap tidak membalas SMS mu… tentang claim PMR tahun lepas, janganlah kau bimbang…belum dapat… dah kerap kutelefon KK. Hanya minta no telefon, no IC dan janji akan dihubungi kemudian….tidak juga dihubungi. Sekarang aku mengawas lagi PMR di SMK Paris. Apalah nasib kali ini..Tuhan sahaja yang tahu. Itu aje coretan malam peperiksaan PMR daruku buatmu Zam.. Selamat berbahagia di kampong halaman. Jangan lupa doakan juga untuk kami, kami tetap bercita-cita untuk pulang
Tuesday, October 7, 2008
Majlis Hari Raya Bersama Pelajar Tingkatan 6 Atas 2

Bakar ayam sehingga menjadi ayam negro
Hari ini, menu masakan hanya ikan rebus goreng, ayam bakar, ikan singgang timun, itu sahaja. Harap ikan singgang aku menjadi kali ini. Semasa bersama 5 Melur, ikan singgang aku tidak menjadi, nasib baiklah telur sambal aku menjadi penyelamat. Budu tidak dapat disediakan kerana stok terhad. Insyallah lain kali kena sediakan stok budu lebih sikit.Memang laris .
Tukang masak tunjuk skil makan di dapur


Puasa Enam Syawal
Selepas hampir seminggu berhari Raya, Kita kembali memulakan tugas. Ramai kawan-kawan dan pelajar bertanyakan persoalan puasa enam. Saya kira, saya kena berbuat sesuatu bagi membantu kawan-kawan dan tazkirah untuk saya sendiri. Persoalan mengenai puasa enam ini timbul kerana kawan-kawan dan pelajar saya tahu akan fadhilat puasa enam ini sebagaimana sabda baginda nabi:
” Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun” ( Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah telah mengandakankan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang mengenapkannya satu tahun.” ( Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadhan, maka digandakan menjadikan 300 hari, manakala puasa enam hari Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.
Puasa Enam Syawal boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu seperti berikut:
Sebahagian ulama berpendapat puasa enam boleh dilakukan secara berselang-seli.
Majoriti ulama berpendapat puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas hari raya.
Pendapat Cara Puasa Enam seperti berikut:
Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dahulu.
Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah.
Sesetengah ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan sywal sahaja.Bagi puasa qada , ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan berikutnya.
Monday, October 6, 2008
Rogol Rakan Sekelas
Alam persekolahan merupakan dunia yang paling penting dan paling indah dalam kehidupan kita.Dunia yang dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang pelbagai ragam, keturunan, bangsa, aras kemampuan. Sekalipun rutin harian yang membebankan tetapi ianya tetap menyeronokkan. Sekolah juga menjadi medan kepada pelajar untuk membina karektor diri, meningkatkan maruah, darjat dan sebagainya melalui penguasaan dalam akademik, kepimpinan melalui ko-kurikulum dan sebagainya.Dukacita kita sejak akhir-akhir ini, dunia persekolahan semakin tercemar dan semacam longgar daripada kawalan' remote control'nya. Bekalan peraturan dan penegasan Kementerian Pelajaran seperti tidak menjadi. Ini terbukti dengan munculnya budaya buli, ponteng, pukul dan ugut guru dan bermacam jenis keruntuhan akhlak. Ini yang berlaku di sekolah. Remaja yang melakukan kes di luar kawasan sekolah juga, sebahagian besar adalah pelajar sekolah. Kenapa ianya berlaku. Apa... siraman ilmu yang dihidangkan saban hari oleh para guru yang terlatih bagaikan mencurah air ke dalam daun keladi?
Peristiwa Pelajar tingkatan 3 merogol kawan sekelasnya seperti yang disiarkan oleh Harian Metro menambah parah institusi persekolahan. Harapan para pendidik dan ibubapa yang mengharapkan sekolah menjadi tempat yang paling selamat untuk anak-anak mereka. Tapi apa sudah jadi.... bukan sekali ianya berlaku.....berulangkali....rogol atau berzina tidak pasti... pastinya, anak muda 15 tahun ini telah ternoda, rosak akhlak dan maruahnya. Apa sebenarnya yang sentiasa berlaku di sekolah... yang dikira boleh menyumbang kepada perkara ini...
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20081005085725/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080925095025/Article/index_html
[maaf, penulis gagal mencari link skandal pelajar tingkatan 3 ini]
a. Pergaulan bebas Ala Indon
Media banyak mempengaruhi pelajar hari ini, terutama filem-filem Indo yang ditayang setiap tengahari dan petang. Filem-filem ini banyak mengisahkan percintaan remaja. Walaupun tema keagamaa tetapi tetap dipertonton budaya songsang yang bertentangan dengan agama. Contohnya filem 'anakku Bukan anakku'. Bawang Puteh bayang Merah dan banyak lagi. Semua menunjukkan budaya yang tidak baik kepada pelajar. Ramai pelajar kira meniru cara pergaulan mereka. Pakaian Ferdie dengan baju di luarnya. Rambut Benny yang bercacak dan perang. Berpeluk dan bercium semacam menjadi budaya remaja. Amalan biasa Orang Bercinta. Itulah yang kerap diungkap oleh pelajar. Majalah hiburan yang mempertuhankan budaya hindonisme banyak memesong pelajar sekolah.
b. Kelas tambahan/ Ko-kurikulum yang kerap
Aktiviti sekolah yang terlalu kerap boleh mengelirukan ibubapa. Pelajar pergi pagi dan pulang petang. Kekeliruan ibubapa memudahkan ianya ditipu oleh anak-anak yang tidak jujur. Kekerapan aktiviti juga menjadikan pergaulan mereka akan bertambah rapat. Ini juga menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan berbanding ibubapa dan juga guru. Mereka selalu menganggap ibubapa mereka tidak memahami keadaan mereka. Apa lagi seringkali kita dimomokkan denngan istilah ibubapa sudah ketinggalan zaman. Mereka yang belajar ini ,lebih up to date.
Sepatutnya ibubapa juga diberi ruang atau menyediakan ruang ko-kurikulum kepada anak-anaknya. ko-kurikulum ini termasuklah membantu mereka di kebun, di rumah atau mudahnya membantu kerja-kerja mereka. Ini bertujuan membina mereka supaya lebih bertanggungjawab dan merasai sendiri bertapa jerih payahnya ibubapa mencari rezeki dan memenuhi kehendak mereka selama ini. Rasa simpati dan kasih sayang antara ahli keluarga ini akan merangsang mereka untuk lebih gigih dalam pelajar demi masa depan mereka dan ibubapa mereka. Jangan ada ibubapa yang kesian mahu memaksa anak untuk membantu kerja kerana bimbang pelajaran mereka terjejas. Tengok munasabah kita lah bah! Pastinya menanam sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar tidak hanya tertumpu di sekolah sahaja bahkan juga peranan besarnya ibubapa.
c. Pelajar membawa handphone berkamera ke sekolah
SMS dan MMS menjadi penghubung antara pelajar. Ianya juga berlaku di waktu persekolahan.Peluang pelajar berhubung adalah terlalu luas. Mereka boleh memujuk rayu melalui SMS dan MMS. Bahkan penguatkuasaan penggunaan handphone di sekolah masih lagi longgar. Peraturan kepada guru disiplin adalah terhad. Sedangkan kalau perhatikan di dalam memory telefon pelajar ada bermacam-macam perkara yang tidak baik.
Rakaman melalui handphone, samada gambar atau video boleh disalahgunakan dan boleh menjadi bahan ugutan.Mungkin Ada juga, pelajar yang merakam adegan berahi mereka atau bersama pasangan mereka. Tujuan konon-kononya untuk kenangan. Kalau artis yang sudah terkenal sanggup buat bergitu.. tidak mustahil pelajar belasan tahun.Sepatutnya pengharaman handphone di sekolah secara menyeluruh dan kiranya ada, guru boleh meneskplore simkad mereka.
d. Guru kurang peka
Ada guru yang mahu menjadi guru yang kononya memahami perasaan remaja. Di anjurkan program atau melalui aktiviti sekolah di atur secara sengaja atau tidak sengaja secara berpasang-pasangan. Dan dibiarkan mereka itu tanpa rasa pertanggungjawaban terhadap akhlak pelajar. Bibit-bibit inilah yang akan menumbuhkan aktiviti yang lebih buruk.
e. Tempat duduk pelajar yang bercampur baur atas alasan pembelajaran bestari
Atas alasan pembelajaran bestari, guru-guru dan kadang-kadang usaha murid sendiri menyusun meja secara berkumpulan. Dalam kumpulan itu dicampurkan lelaki dan perempuan sama ada mengikut aras kebolehan pelajar ataupun macam-macam asalan termasuk alasan supaya bila pelajar lelaki dan perempuan duduk berhadapan, mereka tidak akan bising. Pelajar lelaki akan malu. Maruah pelajar perempuan macam mana? Lelaki malu... adakah perempuan tidak malu? Sifat malu sepatutnya lebih tinggi pada perempuan...bukan lelaki. Mana maruah pelajar perempuan kalau selalu ditenung oleh pelajar lelaki? Adakah tidak terlintas difikiran lelaki...cantik juga si anu ini... eeee.. kalau....??? Mereka remaja. Murahiqah...kita yang dewasa ini pun...jangan cakaplah. Hari-hari menatap...Bukankah ini jalan kepada kemaksiatan. Ingatlah, dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan yang paling cantik adalah wanita. Kenapa Ratu alam ini diatur bergitu enteng sekali.???
Kita kerap membiarkan lelaki atau perempuan menghampiri bukan mahramnya begitu rapat. kawan-kawan biarkan aje sebab itu rezeki dia. Guru biarkan, budak mahu belajar..asal niat dia betul...betullah itu. Niat boleh berubah, ikut keadaan. tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.
f. Cara berpakaian pelajar terutama pelajar perempuan
Pelajar perempuan yang selalu mendedahkan aurat di dalam kelas. Baju kurung yang dipakainya putih dan nipis. Apa lagi baju yang selalu distereka. Licin dan lutsinar. Kadang-kadang secara terang boleh nampak pakaiannya dalamnya. susuk tubuh tak payah cerita. Selain itu baju kurung yang tidak dibutangkan tangannya. Aurat terdedah begitu sahaja (kecuali yang memakai stokin tangan). bahkan ramai yang sengaja buka, panas konon... masalah tudung yang terlalu kecil dan pendek. Ukuran cm bukanlah tepat bagi tudung seseorang. sepatutnya ukuran badan diambilkira dalam memilih tudung. Ada yang memakai tudung tetapi tidak terlindung bahagian dada dan belakangnya seperti tergantung. Tak payah kira ada pelajar perempuan yang cuai dalam penggunaan pakaian dalam.
g. Ibubapa yang terlalu percayakan anak.
Sikap terlalu percayakan anak, banyak mengundang padah kepada ibubapa. Tidak sepatutnya kita menyerahkan 100% kepercayaan kepada pihak sekolah. Apa lagi dalam keadaan kita tidak kenal sepenuh warga sekolah dan kurang mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku di sekolah. Ada juga ibubapa yang tidak kenal pun warga sekolah khususnya pentadbir dan pendidik. Keadaan ini menyebabkan ibubapa kerap ditipu oleh anak-anak. Apa salahnya kalau ibubapa meminta bukti tentang adanya aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kalau belajar di rumah kawan, kawan mana? Baikkah akhlak kawannya itu? Pastikan balik mengikut waktu yang sepatutnya. Tanyalah kawan-kawan yang lain tentang perkembangan anaknya. Ini...kalau ada yang beritahu keburukkan anak...bukan berterima kasih kepada pelapor, bahkan dimarahi lagi atau diherdik dibelakang orang yang melapor. Kononnya dengki, minta puji, perasa baik sangat dan bermacam lagi.
Saya ingat dengan pembentangkan senario yang berlaku, tadi, sama-samalah kita mengambil langkah memperbaiki kerosakan-kerosakkan ini. semuanya demi ummah kita, agama kita dan negara kita.
Saturday, October 4, 2008
Hari Raya ke 4
Berhari Raya di tempat orang bukan lagi asing bagi kita yang mencari rezeki ini. Apa lagi kehadiran kami atas dasar dakwah dan keyakinan kepada ketentuan Ilahi yang pasti mempunyai hikmah yang cukup besar disisi Allah SWT. Sudah empat hari berhari raya. Kemeriahan dan program ziarah tetap penuh. Perut usahlah cerita. Kami di Kinabatangan ini mengatur program hari Raya melalui pembentukkan jadual Hari Raya. Hari Raya pertama hinggalah hari Raya keempat ini penuh jadual. Kunjung mengunjung dapat merapatkan persaudaraan dan saliturrahim. Bagi ana setakat ini hanya mampu berhari Raya sekitar Kinabatangan. Cuma kelmarin sempat ke Beluran dan hari ini sempat mengambil masa masuk ke estet Kretam.
Jadual pagi ini bermula dengan menerima tetamu Cikgu Darwis dengan hidangan laksam. Rupanya cikgu Darwis belum kenal laksam, makanan kegemaran orang Kelantan ini. Dia ingatkan kuih tiau, mahu dimasak sup. Perjalanan ziarah bermula dengan mengunjung Masjid Batu 5 bersama isteri dan anak-anak. Ust Wan Leh dan keluarga ikut serta. Kami solat zohor berjemaah. Ust Jumat menjemput ke rumahnya dan kami dihidangkan dengan kuih muih. Seterusnya haluan utama kami ke rumah Puan Armi untuk menikmati sup payau (rusa). Alhamdulillah selera kami menikmati sup payau setelah lama tidak menikmatinya. Inilah lebihnya kinabatangan.
Destinasi seterusnya ke ladang Bode Kretam, Isteri mula minta berehat berjalan kerana anak meragam dan ianya sudah keletihan. Ana dan Ust Wan menggunakan motosikal untuk masuk ke Ladang. Malangnya ana dihalang untuk masuk ke ladang itu, setelah berlaku rundingan dengan ust Wan, dapat ana masuk bersama Osama. Kami menuju ke rumah Sabaruddin. Ibu dan bapanya sudah siap menanti kami. Dari Hari raya pertama lagi, kehadiran kami dinantikan tetapi kami terpaksa patuh kepada jadual yng ditetapkan. Setelah selesai membereskan kuih dan nasi, dan dipatau kuih-muih kepada kami, kami bergerak menuju Lipong untuk melawat masjid baru yang diserahkan pengurusan estet kepada masyarakt Bugis di Lipong.
Malang tidak berbau, tayar motor ku pancit. sabarudin bawa motor ana ke rumah keluarganya untuk dibaiki. Alhamdulillah keluarganya itu adalah murid ust Wan. Dia bersungguh-sungguh membantu dengan penuh bangga. Mungkin juga kerana dapat berkhidmat kepada gurunya. Ikut Ust Wan pelajar ini dulu, buta huruf dan memang susah diajar. Tetapi bila kesusahan begini, pelajar yang tidak ditaruh harapan berjaya inilah yang mengenang jasa guru. Pelajar yang kita banggakan, harapkan jarang sekali dapat berbakti kembali kepada guru. Kadang-kadang bertegur guru pun susah. ia...... itu satu tazkirah kepada kami sebagai pendidik....jangan pandang rendah kepada pelajar dan diibaratkan oleh cikgu Mahmuddin sebagai " ikan mata merah" ini. majoriti mereka yang banyak berjasa kepada guru. Teringat ana semasa kursus Literasi Undang-Undang Guru Disiplin di King Park Hotel minggu lalu, Penceramah yang berkhidmat hampir 15 tahun sebagai guru disiplin dan mengakui telah banyak menyakiti pelajar. katanya pelajar inilah yang lebih ingat dan mengenang budinya. Subhanallah.......... bukan ku pinta sanjungan dan kemuliaan tetapi cukuplah sekadar kau menjadi insan mulia disisi masyarakat dan disisi Allah. apa yang ada pada kita adalah sementara. Jangan sombong dengan kejayaan yang dikecapi kerana ianya hanyalah pinjaman Allah.
Kami sampai di Lipong tepat-tepat maghrib. Bangga ana, bila melihat semua ahli jemaah adalah dikalangan anak muda yang dipimpin oleh anak muda si Usop. Abdul Khair, anak muda berpendidikan turut memberi sokongan kepada golongan belia ini. Mereka kelihatan terkejut dan katanya macam tidak percaya, kami boleh sampai di masjid mereka. Ana dijemput untuk mengimami solat maghrib di masjid yang baru itu. Malam Isra' dan Mikraj lalu, mereka juga menjemput ana untuk menyampaikan ceramah di Masjid baru itu tetapi tidak berkesempatan untuk hadir. Ini kira bayar hutanglah. Selepas solat Maghrib, Imam Usop mengajak kami dan diiringi jemaah masjid ke rumahnya. Sebelum insya' kami berangkat pulang. Usop mengiringi kami hingga ke tapi jalan. ana memberi tip-tip untuk dia mengimarahkan masjid dan menarik orang ke masjid. Kami doakan anak-anak muda ini terus istiqamah dan berjaya memulihkan keruntuhan moral masyarakat yang begitu menular di dalam estet sekarang
HARGA KERETA NCD
Prepaid Murah
Kalender Islam

RUTIN HARIAN
Blog Archive
-
▼
2008
(37)
-
▼
October
(12)
- Kahwin....Nasi kunyit Berlaukkan Najis
- Pak Yazid, Remaja 56 Tahun
- Catatan Ekspidisi Dakwah Ke Pulau Pamaguan
- Lepaskan Rindu
- Program Mesra Desa Amal
- Program Bela Melayu, Skim Cepat Kaya atau Cepat…....
- Pilihanraya Kampus,Kutiplah Mutiara itu.....
- Warkah Untuk Cikgu Suhainizam
- Majlis Hari Raya Bersama Pelajar Tingkatan 6 Atas 2
- Puasa Enam Syawal
- Rogol Rakan Sekelas
- Hari Raya ke 4
-
▼
October
(12)
BICARAMU
Al-Quran Penyejuk Jiwa
Penawar Qalbu
