Monday, May 17, 2010

Anuar Musa Sanggah Awang Adek

Hasrat Kerajaan Malaysia melalui Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husin untuk menghalalkan judi bolasepak Piala Dunia ditentang banyak pihak terutama daripada pemain bolasepak dan pemimpin bolasepak tempatan. Mereka bimbang judi ini akan melarat hingga kepada kancah bolasepak tempatan yang belum pulih daripada kepercayaan peminat bolasepak tempatan. Jangan pula mengharapkan api mancis terus menyala dengan menyimbah petrol yang memarakkan api sehingga membakar rumah.

Terbaru, bekas ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa turut menyelar Dr Awang Adek di atas sikap dan hasrat undur kebelakang calon Menteri Besar Kelantan itu. Menurutnya, Kerajaan sepatutnya bertegas mengharamkan sebarang bentuk perjudian dalam bola sepak seperti tindakan mengharamkan iklan rokok.

Malah menurutnya, kerajaan sebelum ini mengharamkan syarikat rokok menaja pasukan dalam Liga Malaysia. Katanya, cadangan tersebut menunjukkan kerajaan tidak konsisten membanteras kegiatan yang boleh menimbulkan ma salah sosial di kalangan masyarakat.


"Sebarang bentuk perjudian bertentangan dengan ajaran Islam, malah agama- agama lain juga tidak menggalakkan judi," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


Sementara itu Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.


BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.


Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

Persoalannya :

1. Boleh selesaikah masalah judi dengan membenarkan judi berlesen?

2. Adakah judi hanya diharamkan untuk orang Islam? Agama lain halal ke?

3. Awang Adek boleh jamin ke orang Islam tidak terlibat. Biasanya orang Melayu suka ikut orang

4. Kenapa lesen judi diluluskan kepada Kumpulan BERJAYA? Apa hubungan Awang adek dengan kumpulan BERJAYA Dan bosnya.

5. Bagaimanalah nasib bolasepak tempatan nanti. Menteri dan UMNO ada fikir ke?

6. Kerajaan BN mengiktiraf orang Cina kaki judi. Orang Cina boleh terima ke?

Adakah tidak cukup dengan lesen judi yang diberikan selama ini? Kenapa UMNO yang kononnya mengaku lebih baik Islamnya daripada Pakatan Rakyat membuka medan judi baru?

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008