بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وأصحابه أجمعين
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وأصحابه أجمعين
Sukacita dijelaskan panduan Doa dalam majlis-majlis rasmi seperti ketetapan berikut:
1. Majlis hendaklah tidak berunsur maksiat dan mungkar seperti mengadakan hidangan arak dan perjudian
2. Majlis hendaklah tidak bercampur aduk dengan acara-acara yang tidak sesuai dengan konsep ibadah dalam doa seperti menghias majlis dengan acara-acara nyanyian dan tarian serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan, kecuali nyanyian yang berunsur dakwah dengan penyanyi yang tidak mendedahkan aurat.
3. Majlis doa hendaklah tidak dikaitkan dengan upacara-upacara keagamaan atau perayaan agama-agama lain seperti sempena menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.
والله تبارك وتعالى أعلم
(Keputusan Mesyuarat Lujnah Fatwa Negeri Sabah 1/2001 yang bersidang pada 26 Mei, 2001 di Kota Kinabalu)Disediakan oleh:-
PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH KOTA KINABALU